Thursday, January 14, 2016

APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM AIR PAIP

Air paip boleh mengandungi pelbagai bahan-bahan yang tercemar dari beberapa sumber. Sebahagian daripada bahan tercemar ini mempunyai kesan buruk ke atas rupa, bau dan rasa air minuman itu yang berbahaya kepada kesihatan kita.

Memasak air dari paip tidaklah membersihkan air itu dan tidak juga memberi kesihatan yang baik pada kita. Ia hanya untuk membunuh bakteria yang terkandung di dalam air paip itu sahaja. Tetapi, bahan-bahan pencemar yang lain seperti kotoran, bahan kimia, karat, plumbum dan lain-lain masih ada bersama-sama dengan bakteria yang telah mati.

Pencemaran alam semula jadi dari hakisan tanah dan hujan boleh mencemarkan air paip kita. Selain itu, habuk, asap dan racun dari kemudahan industri, racun daripada pertanian, dan juga sisa haiwan boleh mencemarkan air minuman kita. Contoh bahan pencemar yang mungkin berada di dalam air paip adalah,


RACUN SERANGGA DAN RACUN TUMBUHAN
Pencemaran daripada kilang-kilang dan penggunaan daripada pertanian yang mampu memasuki bekalan air bawah tanah kita dengan mudah.


BAJA DAN NITRAT
Ianya daripada baja tanaman dan juga sisa-sisa haiwan. Nitrat ini amat berbahaya  terutamanya untuk kanak-kanak di bawah usia tiga bulan.


BAHAN YANG DIGUNA UNTUK MERAWAT AIR,

KLORIN
Klorin digunakan sebagai pembasmi kuman untuk menghapuskan bakteria dan mikro-organisma berbahaya yang lain.


FLUORIDA
Bahan kimia yang ditambah untuk melindungi daripada kerosakan gigi.


ALUMINIUM
Aluminium ini ditambah untuk membuat air kelihatan lebih jelas.


BAHAN PENCEMAR DARI PAIP
Air bergerak dari loji rawatan air ke rumah kita melalui rangkaian paip, termasuk di rumah kita sendiri. Sebahagian daripada paip ini mungkin telah digunakan selama lebih 50tahun. Jadi paip ini boleh mengandungi pelbagai bahan tercemar yang boleh memasuki bekalan air kita. Antaranya ialah,


KOTORAN, KARAT, PASIR, LUMPUR, LUMUT, LENDIR
Bahan tercemar ini membina selama beberapa tahun dan boleh menyebabkan air yang kotor atau lebih teruk lagi. Ia akan menjadi lebih ketara apabila paip air pecah atau digunakan untuk pembaikan dan penyelenggaraan.


TEMBAGA DAN PLUMBUM
Akibat daripada paip air yang lama berkarat, paip ini terhakis dan berlaku pencemaran air yang memasuki ke dalam rumah kita. Pencemaran ini telah dikenal pasti sebagai amat berbahaya kepada kesihatan.


PARASIT TAHAN KLORIN
Terdapat beberapa protozoa yang tidak mampu dibunuh oleh klorin. Ianya adalah Giardia dan Cryptosporidium yang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan di perut jika berada di dalam badan kita.

Wednesday, January 13, 2016

ADAKAH AIR PAIP BAHAYA?

Tidak mungkin air paip yang kita minum selama ini merbahaya. Lagipun, air ini telah melalui beberapa peringkat rawatan dan tidak mungkin kerajaan akan membenarkan air yang tercemar masuk ke dalam rumah kita, betul?

Apa yang benar adalah air paip ini merupakan salah satu ancaman kesihatan yang paling merbahaya. Setiap tahun penyakit kanser, asma, dan masalah pembelajaran semakin meningkat kerana berkait rapat dengan punca air yang tercemar. Walaupun air paip ini telah melalui pelbagai rawatan sebelum sampai ke rumah kita, ia masih tercemar.

Ramai orang mungkin mengatakan bahawa bahayanya air paip ini hanya taktik untuk menakutkan orang ramai untuk meningkatkan keuntungan syarikat-syarikat yang menjual produk-produk air. Namun, peningkatan besar dalam kanser dan penyakit-penyakit lain adalah berpuncanya dari kualiti air yang diminum.

Berikut adalah senarai ringkas bahan yang tercemar yang berkemungkinan berada didalam paip air kita:

KLORIN
Kemungkinan ini salah satu racun yang paling berbahaya yang berada di dalam bekalan air minuman kita. Penggunaan klorin ini adalah untuk membunuh bakteria dan mikro-organisma yang lain untuk membersihkan air tersebut. 

Tetapi dalam masa yang sama, ia merupakan toksik dan beracun kepada badan kita. Klorin di dalam minuman dan makanan merupakan punca utama penyakit kanser, pundi kencing, asma dan kanser payudara.


PLUMBUM
Plumbum masuk ke dalam air paip kerana hakisan di dalam sistem paip rumah itu. Oleh kerana pencemaran plumbum ini berlaku selepas melalui rawatan air, jadi tidak ada cara untuk pihak berkuasa mengawal pencemaran itu. 

Plumbum sangat bahaya terutamanya untuk kanak-kanak dan ibu yang mengandung. Plumbum boleh menyebabkan otak yang kurang cerdas dan boleh menganggu proses pembelajaran seseorang.


GUARDIA DAN CRYPTOSPORIDIUM
Giardia dan Cryptosporidium ini adalah sejenis parasit mikroskopik yang boleh di dapati di dalam air paip. Ia merupakan protozoa yang tahan lasak dan tidak boleh dihapuskan oleh klorin. 

Giardia menyebabkan penyakit usus yang dipanggil Giardiasis dan Cryptosporidium bertanggung jawab dalam penyakit yang dipanggil Cryptosporidiosis. Parasit ini boleh menyebabkan penyakit gastrousus yang merupakan pendarahan di dalam perut, usus kecil, ataupun kolon.

Tuesday, January 12, 2016

PERBEZAAN AIR PAIP, AIR SULING (R.O.), AIR MINERAL & AIR ALKALI

Air diakui sebagai tenaga kehidupan untuk semua hidupan. Bayangkan sebuah dunia tanpa air. Tidak dapat dibayangkan kerana tanpa air tidak akan ada kita. 

Tidak ada yang boleh menggantikan air yang digunakan untuk minum, mandi dan lain-lain. Bercakap tentang air, adakah anda tahu ia terdapat sekurang-kurangnya empat bentuk utama air? 


AIR PAIP
Air yang digunakan oleh semua orang dan telah berkhidmat untuk kita selama beberapa abad. Ia telah dianggap sebagai sumber air yang utama di dalam dunia. 

Walau bagaimanapun, bergantung kepada bekalan air tempatan, air paip juga berbahaya kepada kesihatan kita disebabkan tahap klorin, bahan pencemar dan bahan-bahan kimia lain.


AIR SULING (AIR 'REVERSE OSMOSIS' - RO)
Perbezaan antara air ini dan air paip ialah air ini ditapis melalui rawatan khas bertujuan untuk mengeluarkan segala jenis kekotoran dan bakteria  yang air paip ada. 

Air yang dalam bentuk bersih seperti ini bukanlah jenis air yang sihat dan ia juga dikategorikan dalam jenis air berasid. Cara penapisan air ini juga telah menghapuskan semua zat-zat air untuk menjaga kebersihan air. 

Sesetengah produk-produk penapis air ini, ia tidak mampu menapis semua jenis bahan kimia yang ada dalam air paip seperti pesticides, herbicides dan klorin kerana molekul bahan kimia ini sangat kecil dan boleh melepasi penapis air itu.


AIR BOTOL (TERMASUK AIR MINERAL)
Kemudahan air botol dan kepercayaan bahawa ia lebih bersih dari air paip selalunya disalah faham. Kebanyakan punca-punca air botol adalah air paip yang ditapis oleh reverse osmosis (R.O) kemudian dirawat dengan tambahan mineral tertentu untuk mengubah rasa atau untuk menunjukkan ia lebih memberi kesihatan. 

Tambahan mineral itu tidak memberi bukti yang kukuh untuk kebaikan kesihatan. Kebanyakan air ini mempunyai sifat asid dan sesetengahnya adalah sangat tercemar oleh bakteria dan kuman.


AIR ALKALI
Ini adalah air paip yang melalui proses elektrolisis dimana ia akan memisahkan ion air sama ada positif dan negatif. Kajian mengenai kebaikan air ini telah dijalankan di Negara Jepun. 

Ia mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit. Molekul air ini juga lebih kecil dan mudah untuk diserap ke dalam sel-sel badan. 

Walaupun terdapat ramai pengeluar yang berbeza, ia mempunyai perbezaan yang sangat besar dari segi kualiti dan potensi air alkali yang dihasilkan.

Monday, January 11, 2016

KEPENTINGAN AIR

Air digunakan dalam kehidupan kita untuk minum,memasak, mencuci dan macam-macam lagi. Air juga menghindarkan kita dari proses dehidrasi (dehydration) dalam tubuh badan. 

Lebih mudah difahami, kita gunakan air untuk terus hidup dan tanpa air, tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik ataupun kita akan mati. Jadi gunakan air yang bersih dan berkualiti adalah yang terbaik untuk kita hidup dengan lebih sihat.

AIR BEGERAK SEBAGAI PELINCIR DALAM BADAN
Seperti minyak enjin kenderaan yang digunakan untuk melancarkan lagi pergerakan kenderaan, air juga seperti itu. Air memudahkan pergerakan tubuh dan tulang kita. Tanpa air yang mencukupi, kita mudah kena sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh tulang.

AIR MEMBANTU MENJAGA SUHU BADAN
Kepanasan suhu di dalam badan adalah tidak menentu. Dengan air, ia dapat menyerap kepanasan suhu badan dan mengeluarkannya dengan peluh dan air kencing untuk menjadikan suhu badan kepada suhu yang normal.

AIR MEMBERSIHKAN BADAN DARI TOKSID
Kekotoran dalam badan kita terjadi setiap kali kita makan dan minum. Untuk membersihkan dalam badan kita, kita perlu minum air yang bersih supaya dapat mencuci segala toxin dan mengeluarkannya dalam bentuk peluh dan membuang air.

AIR MEMBAWA NUTRISI PENTING KE DALAM BADAN
Nutrisi dari makanan yang kita makan bergerak ke seluruh badan dengan air. Air membawa nutrisi-nutrisi ini kepada sel-sel dan organ didalam tubuh badan. Air adalah sumber utama yang dapat menghindarkan kita dari penyakit-penyakit.

Sunday, January 10, 2016

KEPENTINGAN AIR BERALKALI

KANSER
kanserr tidak boleh hidup di dalam badan beralkali. Semua pesakit kanser dan kita semua perlu minum air alkali supaya badan kita tidak menyediakan persekitaran untuk tumor kanser hidup.

Air alkali adalah baik untuk insomnia dan kolik. Otak adalah 90% air dan apabila ia tidak dapat mengekalkan peratusan itu, ia akan menarik air dari semua bahagian badan yang lain.

Garam, kafein, nikotin, valium, alcohol dan gula membuatkan tubuh badan kita menjadi tidak seimbang.

Jika kita tidak menjaga pH darah kita pada 7.3 ke atas, kematian akan berlaku. Malah, kematian akan berlaku jika pH darah kita menurun bawah 7.

Air kencing yang mempunyai bau yang kuat dan warna kuning-kekuningan menunjukkan tubuh badan yang tidak sihat. Jika badan yang seimbang, ia tidak mempunyai ammonia dan protein di dalam air kencing. Tubuh badan yang terlebih kepada asid boleh menyebabkan batu karang dan batu hempedu.

'CYSTS'
'Cysts' adalah permulaan bagi tumor yang mendorong kepada kanser kerana kekurangan mineral di dalam badan. Kanser terjadi kerana kekurangan mineral dalam tempoh masa yang panjang dan disebabkan oleh badan yang terlalu berasid.

Air suling adalah neutral ataupun air mati dan tidak mempunyai mineral. Kita kelihatan lebih cepat tua kerana tubuh badan kita berasid dan kering.

Saturday, January 9, 2016

KENAPA KITA PERLU MINUMAN/MAKANAN BERALKALI


Oleh kerana tubuh badan kita mengandungi 60%-70% air, tahap pH mempunyai kesan yang mendalam kepada semua kimia badan, kesihatan, dan penyakit. 

Pernafasan, peredaran, pencernaan, dan pengeluaran hormon berkhidmat untuk tujuan mengimbangi pH dengan mengeluarkan sisa-sisa asid dari tisu badan tanpa merosakkan sel-sel hidup.

Jika pH menyimpang terlalu jauh ke sebelah asid atau terlalu jauh ke sebelah alkali, sel-sel  menjadi diracun oleh sisa toksik mereka sendiri dan mati. Sama seperti hujan asid boleh memusnahkan hutan dan sisa alkali boleh mencemarkan tasik. 

pH yang tidak seimbang boleh merosakkan semua tisu badan dan boleh merosakkan urat dan arteri. Jika dibiarkan, ketidakseimbangan pH akan menganggu semua aktiviti sel-sel dan fungsi tubuh badan dari degupan jantung hingga ke otak.

Dengan makanan moden, ia benar-benar tidak mudah untuk mendapatkan makanan beralkali. Tidak semua yang sanggup untuk menukarkan makanan mereka menjadi makanan beralkali. Jadi, konsep terbaru dalam air minuman hari ini adalah air alkali.


SENARAI MAKANAN BERALKALI

SANGAT BERALKALI
Lemon, tembikai, limau, mangga, betik, asparagus, bawang, jus sayur, brokoli, bawang putih, bayam, minyak zaitun, teh herba.

BERALKALI
Kurma, anggur, kiwi, blueberry, epal, oren, pisang, nenas, lobak, tomato, tauhu, kismis, kacang hijau, seleri, kentang, almond, susu ibu, teh hijau, madu asli.


Friday, January 8, 2016

MANAFAAT AIR KANGEN DAN AIR ASID KANGEN

MANAFAAT AIR KANGEN

PENGHIDRATAN DAN MUDAH DIMINUM
Air Alkali adalah sumber terbaik untuk penghidratan yang sihat kerana bukan sahaja ia mempunyai rasa yang lebih baik, malah ia lebih mudah untuk diserap oleh tubuh badan. Ini meningkatkan keupayaan minuman itu dengan mengurangkan perasaan yang biasa ada ketika kita meminum air seperti loya, kembung, dan tidak sedap. Kebanyakan orang boleh merasa perbezaannya selepas meminum segelas air Kangen.

KELOMPOK MIKRO
Beberapa kajian telah membuktikan satu fenomena yang dikenali sebagai “Kelompok Mikro” yang merujuk kepada struktur molekul air yang sangat kecil. Banyak manfaat telah dikaitkan dengan fenomena ini.

NEUTRALISASI RADIKAL BEBAS
Air alkali membantu kesihatan organ-organ dalaman. Sebahagian daripada sebab untuk manfaat ini adalah air alkali telah ditunjukkan untuk menjadi anti-oksida yang meneutralkan radikal bebas.

PEMANJANGAN UMUR
Secara saintifiknya, air ini diiktiraf sebagai pembantu dalam kesihatan dan pemanjangan umur. Manfaat semula jadi air ini digalakkan dan dipertingkatkan oleh kealkaliannya.

DETOKSIFIKASI
Air adalah pelarut sejagat yang tubuh badan kita bergantung untuk membuang toksin dan bahan buangan lain daripada badan Dengan negatif potensi pengurangan pengoksidaan (-ORP) dan rasa yang hebat, anda boleh bergantung kepada air alkali seperti Kangen Water untuk membantu dalam peneutralan radikal bebas dan menangani semua keperluan penghidratan badan anda.


MANAFAAT AIR ASID KANGEN

PEMBERSIHAN TOKSIK BEBAS
Beberapa pengeluar membina mesin industri pelbagai guna untuk tujuan pembersihan yang menggunakan hanya air Strong Acidic sebagai ejen pembersihan. Begitu juga dengan sistem kolam renang yang menukarkan air klorin keras kepada air ion berasid untuk menjaga kebersihan kolam itu.

KEBERSIHAN PERIBADI
Air ini dikenali di Negara-negara Asia sebagai “Air Kecantikan”. Ia adalah ejen pembersihan luaran yang sangat berkesan yang digunakan untuk kebersihan diri.

TIADA BAHAN KIMIA
Salah satu sebab air asid ini diguna oleh institusi-institusi seperti hospital dan perkhidmatan penjagaan adalah bahawa air asid ini tidak mempunyai bahan kimia. Air asid secara semula jadinya bebas dari fostat dan bahan cemar lain yang berisiko merosakkan dan mencemarkan segalanya.

Thursday, January 7, 2016

JENIS AIR KANGEN

STRONG KANGEN WATER – pH 11.0 (TIDAK BOLEH DIMINUM)

Digunakan untuk membersihkan kotoran. Ia boleh mencuci buah-buahan, sayur-sayuran, pinggan mangkuk, minyak dan kotoran-kotoran yang lain. Tidak perlu menggunakan sabun untuk mencuci pinggan atau kotoran degil. Jadi ini akan lebih menjimatkan bil air dan sabun.


KANGEN DRINKING WATER – pH 8.5,9.0,9.5 (BOLEH DIMINUM)

Mempunyai 3jenis pH yang berbeza tetapi digunakan untuk perkara yang sama. Ia digunakan untuk diminum supaya dapat mengimbangkan pH dalam tubuh badan. 

Rasanya ringan dan sedap. Ia juga boleh digunakan untuk memasak dan untuk membuat air seperti milo, kopi, teh dan lain-lain supaya dapat meningkatkan baunya yang harum dan rasa yang sedap pada makanan dan minuman itu. 

Selain itu, air ini juga digunakan untuk menyiram pokok bunga untuk meningkatkan kesuburan dan kesegaran tanaman itu.


NEUTRAL WATER – pH7.0 (BOLEH DIMINUM)


Air ini bersih dan tiada klorin. Air ini sesuai digunakan untuk makan ubat dan juga untuk makanan bayi. Bayi sememangnya berada dalam keadaan alkali jadi tidak perlu untuk minum air alkali lagi.


KANGEN BEAUTY WATER – pH 4.0-pH6.0 (TIDAK BOLEH DIMINUM)


Air ini digunakan untuk kecantikan kulit muka atau mana-mana kulit, penjagaan rambut, dan pembersihan haiwan. Ia membuatkan kulit nampak lebih cantik, segar dan mengurangkan kekusutan rambut.


KANGEN STRONG ACIDIC WATER – pH 2.7 (TIDAK BOLEH DIMINUM)


Air ini mampu membunuh kuman-kuman. Ia bertindak seperti antiseptic. Ia digunakan untuk merawat kulit luka, kulit gatal dan yang telah terkena jangkitan kuman. 

Air inilah yang digunakan di hospital di Negara Jepun untuk merawat pesakit-pesakit mereka yang mengalami luka luaran, kudis, bernanah dan lain-lain.

Wednesday, January 6, 2016

KEISTIMEWAAN AIR KANGEN

ANTI OKSIDAN YANG TINGGI


Oksidasi merupakan interaksi antara molekul oksigen dan bahan-bahan pelbagai. Dalam tubuh manusia, pengoksidaan mendorong kepada proses penuaan, menyebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Air Kangen mempunyai anti-oksidan yang kuat yang membantu badan menentang radikal bebas yang merosakkan. Untuk mendapat gambaran mengenai apakah pengoksidaan dan anti-pengoksidaan, sila lihat gambar di atas, menunjukkan sebiji epal bertukar warna perang selepas dipotong dan terdedah kepada udara. 

Bayangkan apa yang akan berlaku pada tubuh kita jika berlaku oksidasi.



Ini adalah gambar Encik Hironari Oshiro, CEO kepada syarikat Enagic, bersama penasihat Amerika beliau. Walaupun kedua-dua lelaki ini kelihatan seperti umur yang berbeza, biasanya pertengahan 40-an bagi Encik Oshiro dan lewat 60-an untuk penasihat Amerika, mereka sebenarnya mempunyai umur yang sama. 

Kedua-duanya berumur 67tahun pada tahun 2008. Kami percaya bahawa sebab Encik Oshiro kelihatan begitu baik adalah kerana dia telah minum Air Kangen ini lebih dari 20tahun.

Oksidasi tidak boleh dihentikan, tetapi beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa proses oksidasi boleh diperlahankan dengan anti-oksidan. 

Anti-oksidan dalam cecair boleh diukur dengan menggunakan meter ORP. Nilai positif atau +ORP adalah tidak sihat untuk anda dan membantu mempercepatkan pecahan sel-sel dan dengan itu mempercepatkan proses penuaan manakala nilai negative atau –ORP adalah sangat baik untuk kesihatan dan benar-benar akan melambatkan proses penuaan. 

Lebih tinggi bacaan negatifnya (-ORP) bermakna ia mempunyai anti-oksidan yang sangat kuat dimana lebih berkesan untuk pengurangan stress oksidatif dari badan anda, dan mengurangkan risiko kanser dan permulaan penyakit lain.



Berikut adalah carta visual ORP (perhatikan air botol dan minuman yang lain mempunyai nilai +ORP). Walaupun air botol yang kita selalu percaya bahawa ia adalah lebih baik untuk kita, sebenarnya ia tidak. 

Air Kangen  mempunyai anti-oksidan yang tertinggi berbanding dengan minuman lain iaitu -400 ORP. Saya telah melihat ia mencecah setinggi -800 ORP.


SAIZ MOLEKUL KECIL


Lebih kecil air anda atau kurang berkelompok molekul air minuman anda, maka badan akan anda lebih mudah menyerap air itu dan lebih terhidrat. Kelompok mikro merupakan satu lagi keistimewaan Air Kangen yang hebat. 

Apabila air paip melalui plat platinum bersalut titanium, air akan dipecahkan daripada saiz 15-20 kelompok molekul kepada 5-6 kelompok molekul, menyebabkan badan anda terhidrat melebihi 6 kali lebih daripada air yang biasa. 



Oleh kerana kelompok molekul ini lebih kecil, air akan dapat diserap dan menghidrat semua bahagian-bahagian badan dengan lebih berkesan daripada air biasa. Anda boleh merasa perbezaannya pada segelas air yang pertama anda. 

Kelompok kecil ini juga bermakna badan anda lebih mudah menyerap mineral dalam air ini ke dalam sel-sel  anda dalam beberapa saat sahaja.


BERALKALI


Ciri-ciri yang ketiga adalah Kangen Water bersifat sangat alkali. Ramai di antara kita mengamalkan cara hidup yang berasid. Melalui makan makanan berasid, minum air berkabonat dan lain-lain. 

Gaya hidup tidak sihat ini menukarkan badan kita kepada keadaan yang berasid, dimana kita amat mudah untuk terdedah kepada penyakit.

Keseimbangan pH yang baik bertindak meneutralkan keadaan tubuh kita dan sangat penting untuk keseluruhan kesihatan tubuh kita. Air alkali diwujudkan untuk meneutralkan keasidan. 

Menurut ramai pakar kesihatan dan pakar nutritionist, mereka percaya bahawa tubuh badan yang berasid boleh merosakkan organ-organ dalaman dan menghalang proses mental. 

Tahap pH badan kita hendaklah berada pada sedikit alkali ataupun pada pH7.4 untuk memiliki kesihatan yang optimum dan terhindar dari penyakit-penyakit yang merbahaya.

Tuesday, January 5, 2016

MENGAPA KITA MEMERLUKAN AIR?

Air atau nama saintifiknya H2O terdiri daripada dua bahagian hydrogen dan satu bahagian oksigen. Ia merupakan salah satu elemen yang paling penting untuk kesihatan dan memastikan badan kita dapat dielakkan dari proses dehidrasi. Air mungkin ada dimana-mana tetapi kita tidak pernah mengambil berat tentangnya.


Air adalah penting untuk mekanik tubuh manusia. Badan kita tidak boleh bekerja tanpa air, seperti mana kereta tidak boleh bergerak tanpa gas dan minyak. Malah kesemua sel dan fungsi organ yang membentuk keseluruhan anatomi dan fisiologi kita bergantung kepada air untuk berfungsi.

Tubuh manusia boleh bertahan beberapa minggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Badan terdiri daripada 50% – 70% air. Otak manusia terdiri daripada 75% air, darah 82%, dan paru-paru 80%. 

Walaupun hanya kekurangan 2% bekalan air di dalam badan kita, ia boleh mencetuskan tanda-tanda dehidrasi seperti kabur ingatan jangka pendek, kesukaran memberi tumpuan, dan menghadapi masalah dengan pembelajaran. Dehidrasi ringan ini juga merupakan penyebab biasa bagi keletihan di siang hari.

Badan kita tidak boleh menyimpan air, kita perlukan bekalan air yang segar setiap hari untuk menggantikan kerugian air daripada paru-paru, kulit, kencing dan najis. Jumlah air yang kita perlukan adalah bergantung kepada saiz badan, makanan harian kita dan tahap akitviti harian yang kita lakukan.


Beberapa fakta mengenai bekalan air dalam tubuh manusia :

  1. Kandungan air dalam badan adalah lebih tinggi di kalangan lelaki berbanding wanita yang sama usianya.
  2. Kebanyakan orang dewasa kehilangan kira-kira 2.5 hingga 3 liter air sehari. Kehilangan air dalam badan boleh meningkat dalam cuaca yang panas dan dengan senaman yang berpanjangan.
  3. Orang tua kehilangan kira-kira 2 liter air sehari.
  4. Kehilangan air dalam badan perlu diganti.


Air diperlukan untuk fungsi badan manusia :

  1. Mengekalkan kesihatan dan menjaga setiap sel dalam badan.
  2. Menyimpan cecair aliran darah yang cukup untuk mengalir melalui saluran darah.
  3. Membantu menghapuskan hasil sampingan daripada metabolisme badan, elektrolit yang berlebihan (contohnya natrium dan kalium), dan urea.
  4. Mengawal suhu badan melalui perpeluhan.
  5. Melembapkan paru-paru dan mulut.
  6. Melincirkan sendi
  7. Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  8. Melembapkan kulit untuk mengekalkan tekstur dan rupa.
  9. Membawa nutrient dan oksigen ke sel-sel badan.

Monday, January 4, 2016

TARIKAN KESIHATAN AIR HEKSAGONAL KANGEN


Generasi bayi yang lahir semakin meningkat setiap tahun dan juga berjuta-juta yang telah menghampiri umur 60 tahun setiap bulan. Jadi, tidak menghairankan lagi bahawa terdapat peningkatan selari dalam penarikan kesihatan dan kesejahteraan dan juga dalam memperlahankan proses penuaan.

Menurut pakar-pakar, perubahan ketara dalam pH tubuh badan boleh menjejaskan keseluruhan kesihatan, tahap keletihan, sakit, berat badan dan prestasi sukan. Keseimbangan pH adalah penting untuk kesihatan manusia dan dapat memperlahankan proses penuaan.

Di Negara Jepun, hospital dan klinik mereka menggunakan air alkali heksagon yang dikenali sebagai Air Kangen selama 30 tahun untuk merawat beberapa keadaan penyakit. Menurut kajian saintifik yang telah dijalankan di universiti dan hospital-hospital di seluruh dunia, minum Kangen Water boleh:

  1. Mengeluarkan lemak yang berlebihan dan toksik dalam badan
  2. Menormalkan tekanan darah
  3. Menyokong fungsi usus yang sihat
  4. Menyelesaikan jangkitan saluran kencing
  5. Melegakan asma dan jangkitan pernafasan yang kronik
  6. Memberhentikan kebusukan yang tidak normal dalam usus gastro
  7. Mengurangkan percambahan candida, kulat, dan mikroform yang tidak diingini
  8. Mengurangkan kesakitan kronik
  9. Meningkatkan tahap penyembuhan luka

Air Heksagonal Kangen kini boleh didapati kepada pengguna-pengguna di Malaysia. Alat perubatan yang digunakan di hospital-hospital dan klinik negara Jepun boleh dibeli untuk kegunaan di rumah. 

Seperti kata Dr. David Carpenter, “Saya merasakan bahawa meminum Air Heksagonal Kangen adalah perkara yang paling penting seseorang boleh lakukan untuk kesihatan mereka.”

Saturday, January 2, 2016

AIR HEKSAGONAL KANGEN



Kangen bermaksud “Kembali ke Asal” di Jepun. Penggunaan perkataan bagi air ini di Jepun telah dikawal selia oleh kerajaan Jepun. Untuk dipanggil sebagai Kangen, air itu mestilah beralkali, mikro cluster (berstruktur heksagon), bersih, dan mempunyai ORP negatif yang tinggi. 

Air Kangen ini juga dikenali sebagai air heksagon, air mikro, air spa, air ion, air alkali atau air hidup. Oleh kerana bentuk molekul yang berstruktur heksagon ini merupakan bentuk Air Kangen, jadi kita akan merujuknya sebagai “Air Heksagonal Kangen”.

Air Heksagonal Kangen telah digunakan di lebih seratus buah hospital dan klinik perubatan di Negara Jepun kerana secara saintifiknya air ini telah dibuktikan ia memberi manfaat kepada kesihatan. Ia dihasilkan oleh alat perubatan yang telah ditetapkan untuk penggunaan di rumah oleh pakar-pakar perubatan Jepun.

Air Heksagonal Kangen merupakan penghapus radikal bebas yang merosakkan kerana anti-oksidannya telah diukur dan didapati lebih tinggi dari mana-mana makanan atau supplement di pasaran. Kajian menunjukkan bahawa Air Heksagonal Kangen membantu dalam membaik pulih DNA yang rosak.


Air Heksagonal Kangen juga menyediakan cara untuk toksin keluar dari tubuh badan dengan meneutralkan caj kationik positif dengan elektron bebas yang banyak. Toksin yang disimpan di dalam sel lemak, tisu badan, dan organ yang dibuang akan menyebabkan pengurangan lemak  dalam badan.

Air Heksagonal Kangen merupakan “air hidup” kerana ia sangat menghidratkan sel-sel badan. Ia dapat diserap ke dalam sel badan, 6 kali lebih cepat daripada air paip atau air botol kerana saiz molekul airnya sangat kecil, halus dan ia mempunyai lebih struktur heksagon.

Air Heksagonal Kangen kaya dengan mineral ionic seperti kalsium. Kajian telah menunjukkan bahawa ia meningkatkan kepadatan tulang.

Air Heksagonal Kangen adalah beralkali. Ia dapat meneutralkan dan mengimbangi keadaan kronik terlebihnya asid dalam badan. Tubuh badan yang mengandungi banyak asid adalah penyebab kepada pelbagai jenis keadaan penyakit, termasuk kesakitan dan keradangan. 

Badan akan menggunakan mineral beralkali yang disimpan pada tulang dan tisu-tisu badan untuk membuang lebihan asid yang disebabkan oleh makanan yang kita makan, minuman dan tekanan yang kita lalui pada setiap hari. 

Air Heksagonal Kangen membantu tubuh badan memelihara dan mengekalkan kalsium, magnesium, dan potassium dengan menyediakan mineral ionik dan ion hidroksil negatif untuk membuang asid yang berlebihan dalam badan.

Berdasarkan kajian, kami telah membuat kesimpulan bahawa hanya Syarikat Enagic sahaja yang menawarkan alat mengion air untuk kegunaan di rumah yang konsisten menghasilkan Air Heksagonal Kangen bergred tinggi dengan sejumlah besar molekul yang berstruktur heksagon.